Pengikut

Selasa, 4 Disember 2012

Koleksi Pantun Nasihat



Angin teluk menyisir pantai,
Hanyut rumpai di bawah titi,
Biarlah buruk kain dipakai,
Asal pandai menjaga hati.

Daun sireh ulam Pak Uda,
Makan bersama dengan  Tok Edi,
Walaupun banyak ilmu di dada,
Biar merunduk resmi padi.

Buah pegaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu,
Sebarang kerja hendaklah difikir,
Supaya jangan mendapat malu.

Pakai baju berwarna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Budak-budak berkejar-kejar,
Rasa gembira bermain di sana,
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan belajar.

Buah cempedak bentuknya bujur,
Sangat disukai oleh semua,
Jika kita bersikap jujur,
Hidup kita dipandang mulia.

Kayu bakar dibuat arang,
Arang dibakar memanaskan diri,
Jangan mudah menyalahkan orang,
Cermin muka lihat sendiri.

3 ulasan:

  1. Pantun nasihat yang dapat dijadikan teladan

    BalasPadam
  2. Ya. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

    BalasPadam
  3. pantun di ats jadikanlah teladan

    BalasPadam